Ayat
-Mengandungi
beberapa unsur klausa.
-Mengandungi
subjek dan predikat.
-Nahu/Tatabahasa
yang betul.
-Ayat
yang baik mesti didahului dengan frasa nama.
Jenis-jenis
ayat.
i-Ayat
penyata-membuat satu penyataan.
ii-Ayat
tanya
Ayat
tanya dengan kata tanya.
-apa,
siapa,mengapa,bagaimana, di mana , sejak bila, bila
Ayat
tanya tanpa kata tanya.
-
Nini sudah makan?
iii-Ayat
perintah
a-Ayat
suruhan-ayat yang mengandungi perintah atau arahan.
i.Jaga
barang-barang ini.
ii.Pujuk
budak yang menangis itu.
b-Ayat
larangan-mempunyai kata larangan jangan,usah,tidak usah sebelum kata
kerja dengan tujuan untuk menegah.
c-Ayat
silaan-menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput.
d-Ayat
permintaan-menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong.Ayat silaan
tidak membawa pengertian yang negatif.( Sila jangan merokok)
e-Ayat
seruan –membawa nada atau intonasi seruan tujuan melahirkan perasaan.
Ayat
Songsang
-Unsur-unsur predikat menjadi
pendepan ayat manakala unsur-unsur subjek berada di hujung ayat.
Tukarkan
kepada ayat songsang
1.Orang
tua itu sangat rajin.
2.
Binatang itu sudah mati agaknya.
3.Budak-budak
itu masih bermain.
4.Orang
muda itu sedang sakit tenat.
5.Mahasiswa
itu menelaah pelajarannya untuk peperiksaan akhir.
Ayat
Pasif
-Ayat
yang kata kerjanya mengandungi kata kerja pasif di dan ter.
-oleh
boleh gugur jika wujud selepas kata kerja pasif.
-oleh
tidak boleh gugur jika berada jauh dengan kata kerja pasif.Contoh, Barang itu
sudah diambil semalam oleh Ali.Salah jika, Barang itu sudah diambil semalam
Ali.
-ayat
pasif untuk kata kerja pasif ter juga tidak boleh menggugurkan oleh.
Contoh,
Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun.
-ayat
pasif boleh juga terbentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber...
dan ke....an .Dalam ayat berbentuk begini oleh + FN biasanya tidak diperlukan.
Contoh,
Mereka
kehujanan sepanjang hari.
Surat
anaknya belum berjawab.
Seluruh
kampung kegemparan.
-Ayat
pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja tidak boleh gugurkan
oleh.
AYAT
MAJMUK
-
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina
dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan pencantuman ayat-ayat itu
disusun mengikut cara-cara tertentu sehingga menjadi ayat baharu.
Contoh:
Aisyah
sedang membaca buku.
Intan
sedang menari.
Aisyah sedang membaca buku manakala Intan sedang menari.
Jenis
ayat majmuk
1-Ayat
majmuk gabungan
2-Ayat
majmuk pancangan
3-Ayat
majmuk campuran
1-Ayat
majmuk gabungan
-Ayat
yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan
atau mencantum ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti, dan , atau ,
tetapi, dan sebagainya,seperti contoh yang berikut:
Contoh
1
1-Murid-murid
berlari.
2-Murid-murid
menyanyi.
Murid-murid
berlari dan menyanyi.
Contoh
2
1-Encik
hendak ke sekolah?
2-Encik
hendak ke pejabat?
...............................................................
Ayat-ayat
yang disambung mesti setara sifatnya,iaitu ayat yang sama taraf dan boleh
berdiri sendiri.Hubungan wujud oleh sebab ayat-ayat disusun secara
berturut-turut.
Ayat
majmuk gabungan juga boleh wujud tanpa kata hubung, apabila hal ini berlaku
nada suara berfungsi sebagai penanda.
Contoh
Ali
berdiri tegak,memerhatikan gerak-geri mereka.
Contoh-contoh
ayat majmuk gabungan.
1-Saya
minum teh dan Aminah makan nasi lemak.
2-Mereka
bangun lalu turun ke serambi.
3-Ia
bercakap dengan kuat serta menepuk-nepuk dadanya.
Ayat
Majmuk Pancangan
Ayat
yang terdapat satu ayat utama dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang
dipancangkan dalam ayat induk dan menjadi sebahagian ayat induk.
Terdapat
tiga jenis ayat majmuk pancangan:
1-Ayat
relatif-Ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang, seperti
contoh berikut:
-Saya
membeli baju yang berwarna merah.
-Budak
yang sedang membaca majalah itu anak saya.
Ayat
pertama sebenarnya terdiri daripada dua ayat:
1-Saya
membeli baju.
2-Baju
itu berwarna merah.
Apabila
kedua-kedua ayat itu dimajmukkan, ayat Baju itu berwarna merah
dipancangkan ke dalam ayat induk, Saya membeli baju(Ayat kecil relatif).Oleh
sebab baju diulang,maka baju yang kedua digugurkan.
2-Ayat
Komplemen
Perhatikan
ayat-ayat berikut:
i-Murid
yang sakit itu telah pulang.
ii-Dia
memberitahu bahawa murid itu sakit.
Ayat
i ialah ayat relatif.
Dalam
ayat ii, bahawa murid itu sakit merupakan objek kepada kata kerja
transitif,dan ayat bahawa murid itu sakit menjadi penerang kata kerja memberitahu.
1-Dia
memberitahu sesuatu.(induk)
2-Murid
itu sakit.(komplemen)
Terdapat
dua kata komplemen iaitu untuk dan bahawa.
Bezakan
ayat majmuk pancangan relatif dan ayat majmuk pancangan komplemen.
1-Dia
mengetahui bahawa Ahmad telah dinaikkan pangkat.
2-Bashirah
melihat lukisan yang sungguh indah itu.
3.Pihak
pengurusan membantu pekerja yang ditimpa kemalangan di tempat kerja itu.
4.Buku
yang dibeli oleh Saiful tebal.
5.Penduduk
kampung sedar bahawa nasib mereka semakin terancam.
6.Amat
mustahak untuk kerajaan mengadakan perjanjian jual beli.
3-Ayat
Majmuk keterangan
Terdiri
daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada
predikat.
Contoh,
i.Dia
bukan ketua saya ketika bekerja dahulu.
ii.Anak
itu menangis kerana ia lapar.
iii.Wang
itu bukan padanya sewaktu polis membuat pemeriksaan.
iv.Budin tidak begitu pandai semasa saya
mengajarnya dahulu.
Contoh
ayat-ayat di atas menunjukkan ayat
majmuk tersebut mempunyai dua ciri:
a-Ada
ayat induk dengan satu ayat kecil atau lebih yang tidak boleh berdiri sendiri,
dan yang kedua adanya kata hubung(contohnya, ketika,kerana,semasa,sewaktu,dan
sekiranya).Ayat kecil ini disebut ayat keterangan.
Ayat
di atas juga boleh:
Ketika
saya bekerja dahulu, dia bukan ketua saya.
Sewaktu
polis membuat pemeriksaan, wang itu bukan padanya.
Jika
ayat majmuk itu panjang,lazimnya tanda koma digunakan.
Jenis-jenis
keterangan.
i.Keterangan
munasabab.
-Bashirah
tidak dapat hadir kerana adiknya kurang sihat.
ii.Keterangan
akibat.
-Munir
bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
iii.Keterangan
syarat
-Zairy
Carson akan terus berjuang sekiranya mendapat sokongan Dato’ Ahmad.
iv.Keterangan
waktu
-Polis
segera tiba setelah mendapat maklumat tentang pergaduhan itu.
v.Keterangan
pertentangan
-Meskipun
hari sudah lewat, pemuda itu masih meneruskan perjalanan.
vi-Keterangan
harapan
-Kita
mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.
vii.Keterangan
cara
-Saiful
datang dengan menaiki kereta lembu.
viii.Keterangan
tujuan
-Para
pemimpin menyusun rancangan ekonomi
untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
xi-Keterangan
perbandingan(bagai ,bak,seperti dll)
-Dia
kebingungan bagai rusa masuk kampung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan