Selasa, 1 Mei 2012

Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk


Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
            Subjek    =  Lelaki gemuk itu
            Predikat  =  sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
            B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
            C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk )

Ayat


Ayat
-Mengandungi beberapa unsur klausa.
-Mengandungi subjek dan predikat.
-Nahu/Tatabahasa yang betul.
-Ayat yang baik mesti didahului dengan frasa nama.

Jenis-jenis ayat.
i-Ayat penyata-membuat satu penyataan.
ii-Ayat tanya
Ayat tanya dengan kata tanya.
-apa, siapa,mengapa,bagaimana, di mana , sejak bila, bila

Ayat tanya tanpa kata tanya.
-        Nini sudah makan?




iii-Ayat perintah

a-Ayat suruhan-ayat yang mengandungi perintah atau arahan.
i.Jaga barang-barang ini.
ii.Pujuk budak yang menangis itu.

b-Ayat larangan-mempunyai kata larangan jangan,usah,tidak usah sebelum kata kerja dengan tujuan untuk menegah.

c-Ayat silaan-menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput.

d-Ayat permintaan-menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong.Ayat silaan tidak membawa pengertian yang negatif.( Sila jangan merokok)

e-Ayat seruan –membawa nada atau intonasi seruan tujuan melahirkan perasaan.

Ayat Songsang
-Unsur-unsur predikat menjadi pendepan ayat manakala unsur-unsur subjek berada di hujung ayat.

Tukarkan kepada ayat songsang
1.Orang tua itu sangat rajin.
2. Binatang itu sudah mati agaknya.
3.Budak-budak itu masih bermain.
4.Orang muda itu sedang sakit tenat.
5.Mahasiswa itu menelaah pelajarannya untuk peperiksaan akhir.



Ayat Pasif
-Ayat yang kata kerjanya mengandungi kata kerja pasif di dan ter.

-oleh boleh gugur jika wujud selepas kata kerja pasif.
-oleh tidak boleh gugur jika berada jauh dengan kata kerja pasif.Contoh, Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali.Salah jika, Barang itu sudah diambil semalam Ali.
-ayat pasif untuk kata kerja pasif ter juga tidak boleh menggugurkan oleh.
Contoh, Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun.
-ayat pasif boleh juga terbentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber... dan ke....an .Dalam ayat berbentuk begini oleh + FN biasanya tidak diperlukan.
Contoh,
Mereka kehujanan sepanjang hari.
Surat anaknya belum berjawab.
Seluruh kampung kegemparan.
-Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja tidak boleh gugurkan oleh.

AYAT MAJMUK

-        Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara-cara tertentu sehingga menjadi ayat baharu.

Contoh:
Aisyah sedang membaca buku.
Intan sedang menari.

Aisyah sedang membaca buku manakala Intan sedang menari.

Jenis ayat majmuk
1-Ayat majmuk gabungan
2-Ayat majmuk pancangan
3-Ayat majmuk campuran
1-Ayat majmuk gabungan
-Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantum ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti, dan , atau , tetapi, dan sebagainya,seperti contoh yang berikut:
Contoh 1
1-Murid-murid berlari.
2-Murid-murid menyanyi.
Murid-murid berlari dan menyanyi.

Contoh 2
1-Encik hendak ke sekolah?
2-Encik hendak ke pejabat?
...............................................................
Ayat-ayat yang disambung mesti setara sifatnya,iaitu ayat yang sama taraf dan boleh berdiri sendiri.Hubungan wujud oleh sebab ayat-ayat disusun secara berturut-turut.
Ayat majmuk gabungan juga boleh wujud tanpa kata hubung, apabila hal ini berlaku nada suara berfungsi sebagai penanda.
Contoh
Ali berdiri tegak,memerhatikan gerak-geri mereka.

Contoh-contoh ayat majmuk gabungan.
1-Saya minum teh dan Aminah makan nasi lemak.
2-Mereka bangun lalu turun ke serambi.
3-Ia bercakap dengan kuat serta menepuk-nepuk dadanya.




Ayat Majmuk Pancangan
Ayat yang terdapat satu ayat utama dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk dan menjadi sebahagian ayat induk.



Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan:

1-Ayat relatif-Ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang, seperti contoh berikut:

-Saya membeli baju yang berwarna merah.
-Budak yang sedang membaca majalah itu anak saya.
Ayat pertama sebenarnya terdiri daripada dua ayat:
1-Saya membeli baju.
2-Baju itu berwarna merah.
Apabila kedua-kedua ayat itu dimajmukkan, ayat Baju itu berwarna merah dipancangkan ke dalam ayat induk, Saya membeli baju(Ayat kecil relatif).Oleh sebab baju diulang,maka baju yang kedua digugurkan.

2-Ayat Komplemen
Perhatikan ayat-ayat berikut:
i-Murid yang sakit itu telah pulang.
ii-Dia memberitahu bahawa murid itu sakit.
Ayat i ialah ayat relatif.
Dalam ayat ii, bahawa murid itu sakit merupakan objek kepada kata kerja transitif,dan ayat bahawa murid itu sakit  menjadi penerang  kata kerja memberitahu.
1-Dia memberitahu sesuatu.(induk)
2-Murid itu sakit.(komplemen)
Terdapat dua kata komplemen iaitu untuk dan bahawa.

Bezakan ayat majmuk pancangan relatif dan ayat majmuk pancangan komplemen.

1-Dia mengetahui bahawa Ahmad telah dinaikkan pangkat.
2-Bashirah melihat lukisan yang sungguh indah itu.
3.Pihak pengurusan membantu pekerja yang ditimpa kemalangan di tempat kerja itu.
4.Buku yang dibeli oleh Saiful tebal.
5.Penduduk kampung sedar bahawa nasib mereka semakin terancam.
6.Amat mustahak untuk kerajaan mengadakan perjanjian jual beli.

3-Ayat Majmuk keterangan
Terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.

Contoh,
i.Dia bukan ketua saya ketika bekerja dahulu.
ii.Anak itu menangis kerana ia lapar.
iii.Wang itu bukan padanya sewaktu polis membuat pemeriksaan.
iv.Budin  tidak begitu pandai semasa saya mengajarnya dahulu.
Contoh ayat-ayat di atas  menunjukkan ayat majmuk tersebut mempunyai dua ciri:
a-Ada ayat induk dengan satu ayat kecil atau lebih yang tidak boleh berdiri sendiri, dan yang kedua adanya kata hubung(contohnya, ketika,kerana,semasa,sewaktu,dan sekiranya).Ayat kecil ini disebut ayat keterangan.
Ayat di atas juga boleh:
Ketika saya bekerja dahulu, dia bukan ketua saya.
Sewaktu polis membuat pemeriksaan, wang itu bukan padanya.
Jika ayat majmuk itu panjang,lazimnya tanda koma digunakan.

Jenis-jenis keterangan.
i.Keterangan munasabab.
-Bashirah tidak dapat hadir kerana adiknya kurang sihat.
ii.Keterangan akibat.
-Munir bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.

iii.Keterangan syarat
-Zairy Carson akan terus berjuang sekiranya mendapat sokongan Dato’ Ahmad.
iv.Keterangan waktu
-Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang pergaduhan itu.
v.Keterangan pertentangan
-Meskipun hari sudah lewat, pemuda itu masih meneruskan perjalanan.
vi-Keterangan harapan
-Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.
vii.Keterangan cara
-Saiful datang dengan menaiki kereta lembu.
viii.Keterangan tujuan
-Para pemimpin  menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
xi-Keterangan perbandingan(bagai ,bak,seperti dll)
-Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung.