Rabu, 29 Februari 2012


JUDUL BUKU            :SENTUHAN KEJAYAAN
PENGARANG           : FRANK TIBOLT
PENERBIT     : THINKER’S LIBRARY SDN . BHD
PENGULAS   : AHMAD ZAHIRUDDIN BIN MD. ISA

ULASAN BUKU
Daya pemikiran merupakan sesuatu yang terlalu berharga  untuk disia-siakan kecuali untuk memikirkan perkara-perkara yang terbaik.Sentuhan kejayaan merupakan tugas pertama untuk membina asas kukuh dalam kehidupan.Asas yang kukuh akan disemai secara  sedikit demi sedikit  bukan dengan cara yang tergesa-gesa.Sesuatu pertumbuhan mahupun dalam apa-apa jua bidang perlulah dikuasai oleh pemikiran yang semu jadi.Hal ini tidak boleh dipaksa melampaui persediaan yang sedia ada.Pertumbuhan bagi setiap hari adalah persediaan untuk pertumbuhan hari esok.Manusia tidak dapat melawan kuasa yang lebih tinggi (Tuhan)akibatnya kita akan terkandas dalam cubaan melawan diri sendiri.
10 Perkara Membantu Kejayaan
1.Carilah kurnia yang patut dicari iaitu menemui sentuhan itu dan benih keunggulan yang telah disemai oleh Tuhan terhadap setiap insan.
2.Nyalakan kedua-dua akar Tumbuhan Minda yang akan melahirkan potensi cemerlang.Kedua-dua akar lebih membantu kita berjaya dari segala gabungan kejayaan.
3.Kekalkan saat kemuncak diri yang merupakan suatu elemen asas dalam pemikiran dari pemikir-pemikir agung.
4.Menarik nasib yang baik.
5.Menerap hikmah yang berpadu dalam zaman keagungan pemikiran daripada pemikir-pemikir teragung.
6.Gandakan kekuatan minda, kuasa pemikiran,penyelesaian masalah dan kuasa membuat keputusan yang ada dalam diri sendiri.
7.Mendapatkan teman dan kawan dengan mangkin perbualan.
8.Menggantikan ketegangan dan kesugulan dengan kepercayaan jiwa serta ketenangan berfikir
9.Membina keyakinan dan semangat yang penuh serta mencapai harga diri.
10.Mencapai pendidikan yang terulung-kematangan sentiasa muda dan melalui masa tua dengan indah.

Rumusan
Setiap kejayaan yang ingin dicapai perlukan pengulangan, kajian dan juga kefahaman.Seorang pendita pernah berkata ,”Tidak kira berapa kali mereka membaca kitab al-Quran,Injil,Taurat ,Zabur dan sebagainya,setiap kali mereka baca akan ditemui sesuatu yang mereka tidak temui pada bacaan sebelumnya.Ujian yang pernah dilakukan di Universiti Purdue menunjukkan bahawa pelajar terbaik di situ juga tertinggal sesuatu dalam setiap apa-apa yang mereka baca.Mulalah menggali emas.Peralatan yang terbaik adalah Ulangan dan baca semula sehingga  sentuhan kejayaan dicapaikan

Selasa, 21 Februari 2012

SPM TATABAHASA
Pilih-pilih tempat mandi; Pertama telok kedua pantai, Pilih-pilih tempat menjadi; Pertama elok kedua pandai.
Saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai formula untuk mengenal ayat-ayat songsang. Hal ini adalah kerana terdapat sebahagian pelajar yang mendapati agak sukar untuk  mengenal ayat-ayat songsang.
Contoh:
Beliau akan pergi ke Johor pada petang ini.
(1) Beliau: Subjek.
(2) akan pergi ke Johor: prediket.
(3) pada petang ini: keterangan prediket.
Formulanya:
2, 1, 3
2, 3, 1
3, 1, 2
3, 2, 1
Ayat songsang adalah ayat yang sebahagian atau keseluruhan predikat berada di hadapan binaan subjek. Perubahan kedudukan konsituen ini tidak melibatkan proses mempasifkan kata kerja transitif. Jadi ayat songsang tidak semestinya ayat pasif.

Sementara ayat pasif pula memang akan menyebabkan berlakunya perubahan konsituen dalam binaan predikat, iaitu seluruh atau sebahagian konsituen dalam binaan predikat akan berada di hadapan binaan subjek dengan berlakunya proses mempasifkan kata kerja transitif.

Cuba lihat ayat di bawah:
a. Emak menggoreng ikan.
ai. Ikan digoreng oleh emak

b. Ayah pergi memancing ikan semalam.
bi. Semalam ayah pergi memancing ikan.

Bagaimanapun boleh berlaku ayat songsang dengan ayat pasif tanpa mempasifkan kata kerja transitif. Contohnya boleh dilihat seperti :
a. Emak menggoreng ikan
aii. Ikan emak goreng.

Kesimpulannya, ayat songsang tak semestinya pasif tetapi ayat pasif mesti mempunyai struktur binaan songsang.
http://www.mediafire.com/?94z9h6mth66qwzs

Khamis, 9 Februari 2012


Jika kita terlalu mengikut nafsu , jalan kemusnahan semakin  menghampiri kita.Gunakan usia yang ada pada diri kita untuk melakukan yang terbaik untuk diri dan juga orang sekeliling.